Saturday, August 22, 2009
Monday, June 8, 2009
disebalik tarikh 5 jun....
5 june 2009....genap 18 thn umur ku.....hari tu hari jumaat.....aq memulakan hari ku spt biasa......tutorial....then p kuliah......tp ptg tu lain ckit.....coz ada perhimpunan pelajar yg pertama.......aq menjadi mc utk 1st perhimpunan tu.......hehehehe.....mcm2 aq dgr komen.....ada positif....x kurang juga yg negative.....tp biasa la....mata org kan lain2.....
Posted by Azlan Iskandar 0 comments
Posted in : Diariku
Tuesday, March 17, 2009
berakhir penantian....langkah yg baru dimulakan....
salam......
syukur....result spm sdh d umumkan....
alhamdullilah aq mendapat keputusan yg baik....walaupun ada 2 yg x kena target namun ku tetap bersyukur kerana semuanya credit....jika difikir-fikir agak setimpal juga dgn usaha yg aq lakukan.......coz aq masi rasa aq x beri 100% for spm yg lalu....maybe aq x ready lg kot????apa2 pown aq redha n terima.....perkara dah berlalu.....so terima je la.....coz hari esok bakal tiba....
emm....plkn pula menanti ku.......19/3 aq akan bergarak ke kem melinennium,beranang....excited, x sabar, happy nak p plkn....tp sedih plak coz jauh dari family.....tp klu x hari nie....sok2 pown aq kena belajar jauh2....kira nie training lar.....hehehe..........
pc discovery~
Posted by Azlan Iskandar 0 comments
Posted in : Diariku
Wednesday, March 11, 2009
Termenung...

tamsilan kali nie saja ku karang, lama juga aq tidak post nie...
esok teka-teki yg lama bersarang dalam kotak pemikiran setiap calon spm 2008 akan terjawab akhirnya kerana KPM akan mengumumkan keputusan spm 2008 secara rasminya...
sudah pasti satu perasaan yg mesti ada dlm diri seseorang yg mengalami situasi ini pastinya gementar....
hari nie aq byk menghabiskan setiap detik yg berlalu dgn duduk termenung sambil memandang setiap sudut yg ada di rumah...
teringat plak time amik result PMR 2 thn yg lepas.....emmm...rasa nak nangis je klu ingat time tu....time tu arwah nenek tgh sakit kuat....something happen that day...rasa nak menangis je klu nak cite...biarla aq je yg tau....
sambil duduk termenung datang pula kenangan2time skool dulu.....lucu juga bila ku ingat kembali...hahaha....dalam satu kelas kita boleh lihat karekter manusia yg berbeza-beza....
teringat juga kat cg2 yg byk membantu dlm study...thx cg jasamu akan ku kenang...
hahahaha....class cg azam adalah class yg paling havoc...setiap kali waktu BM, class kami x lekang dgn bunyi gelak tawa....ada masanya sampai mendapat teguran dari class lain kerana terlalu bising...hahahaha....biasa lar....5B sapa x kenal ....bising adalah perkara wajib bagi class kami setiap hari...hehehehe....
di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakan sekelas sy yg memang cool gila....guys ur R ROCK!!!!....luv u all....
then kpd cg2 jasamu x dpt ku balas rasanya....hanya ucapan terima kasih saja yg mampu ku hadiahkan kpd mu....TITIK.
MALAM YG DINGIN...
Posted by Azlan Iskandar 0 comments
Posted in : Diariku
Sunday, March 1, 2009
hello MARCH~``!!!
assalamualaikum...
emmm...pejamcelik2 dah masuk bulan ketiga dlm tahun 2009 nie...ini bermaksud result spm x lama lagi akan diumumkan...selama 3 bulan duk kat umah timbul juga d dlm benak rasa kesal sebab x perform dgn bagus time spm tp nak wat camna perkara dah berlalu terima jak la n berdoa jak agar result manTOp!!!
bulan 3 nie akan memberikan aq byk kejutan dlm hidup ini dan aq mengharapkan sesuatu yg baik2...1st result nak kuar....then "PLKN"...
cite psal plkn aq dpt kem millenium,beranag,slgr...ntah la nak ckp suka...memang best lar dpt p jauh2...tp yg x bestnya jauh ngan family...pening juga aq memikirkannya...samada nak tukar kem atau x???...family kata bagus dekat2 jak easy for them visit me...tp aq nak juga rasa angin baru...jumpa org baru...n pengalaman baru...aq nie klu part nak buat keputusan memang hancur...so aq try minta pandangan kwn2 ku....emmm....agak memberangsakan respon yg aq terima...
so....aq pown putuskan utk pergi ke selangor...bcoz...bukan mudah nak dpt peluang like this....sekali seumur hidup....walaupun aq akan terlepas beberapa perkara best kat twu nie...contohnya...my sister's wedding...majlis kecemelangan skool...pantun n forum yg dgr kabar....skul kami tuan rumah......aRRggghh!!!!........geramnya...tp aq percaya semua ada hikmahnya....amin....
adiOss!!!!
asTa La ViSta~~~~~
Posted by Azlan Iskandar 0 comments
Posted in : Diariku
Sunday, February 22, 2009
PENDARATAN DI BULAN SATU PENIPUAN???
Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.
Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.
Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.
Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.
Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.
Dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus.
Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu.
Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.
Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan.
Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif.
Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.
Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.
Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan.
Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.
Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.
Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB).
Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS.
Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan.
Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut.
Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya.
Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.
Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang.
Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.
Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.
Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya.
Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan.
Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.
Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan.
Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA.
Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.
Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.
"Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio," kata Bill.
Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.
Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O'Leary berkata: "Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan."
Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.
Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB.
Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.
Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung.
Posted by Azlan Iskandar 0 comments
another new baby!!!
assalamualaikum..........
salam ceria buat yg menatap blog aq skrg nie...........
syukur alhamdullilah.......family ku bertambah lagi seorang.......
21 FEBRUARI 2009........my sist. selamat melahirkan baby girl tepat pukul 3.15 pm.........aq sempat melawat kak ku jam 5 p.m.........
my first impression time aq tgk kat kakak aq ......emmmm...........dia nie cool semacam je????...........mcm dah semalam dia bersalin walhal baru 3 jam berlalu.........hehehehehe.........x sangka btol.....sempat lagi dia ketawa.....
i know memang berat kesakitan yg dtanggung tatkala seorang ibu melahirkan anak......
apa2 pown baby tu dilahirkan sihat walafiat.........syukur......
NUR DAYANA BATRISYA
Posted by Azlan Iskandar 0 comments






