Pages

Sunday, January 31, 2010

Ceramah Motivasi bersama Dr. Danial



Assalamualaikum dan salam 1 KML.

Pada 30 Januari 2010 satu ceramah motivasi telah diadakan di KML bertempat di DK2 dan ceramah tersebut disampaikan oleh salah seorang penulis buku yang terkenal di Malaysia iaitu Dr. Danial Zainal Abidin atas kerjasama daripada pihak YPC Petronas Methanol Labuan. Penulis buku terkenal "Minda Muslim Super" tersebut menyampaikan ceramahnya selama 2 jam dan yang pasti pelbagai input yang amat berguna untuk semua pelajar yang bakal menamatkan pegajian pada bulan 4 ini. Ceramah yang disampaikan secara bersahaja dan lengkap dengan bukti-bukti berdasarkan Al-Quran dan Hadis telah memberi kesan yang positif kepada semua audiens yang hadir pada pagi tersebut. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak sepanjang program tersebut berlangsung dan mohon maaf juga sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada hari tersebut sepanjang ceramah berlangsung. Diharap ceramah tersebut dapat memberi manfaat kepada mereka yang hadir kerana peluang untuk bersua muka secara terus dengan Dr. Danial bukanlah sesuatu yang mudah dan kami warga KML berasa berbangga atas kunjungan beliau itu.

Sekian-