tiada kata mampu digunakan
untuk ku tafsirkan kebodohan itu
hanya kerana tanah di bentala yang fana
sanggup kekejaman terus dijulang
lagak umpama majnun
meronta-ronta melontar mortar buta
utusan ditiup cerita lara bersalut darah
jemputan maut sudah terpatri
kepada jasad berjiwa walang
si kolar tebal
terus terdiam
duduk....memandang...
atau cuma berpura-pura
menjadi tulang belakang disebalik cerita
atau menguncup sebelum berkembang
risau menjadi mangsa kelak
yang sealiran
hanya doa mampu ku kirim
agar ababil turun membawa batu-batu api
melontar mereka yang jahanam
agar musnah bersama dosa mereka
agar yang tidak bersalah terbela
agar dunia aman kembali
namun mampukah fantasi diubah
menjadi realiti yang sangat dipinta
walau cuma fatamorgana
pasti ada noktahnya
tapi hanya yang Esa tahu
bila...
bagaimana...
Panduan Berinteraksi Dengan Anak Mengenai Konflik Palestin
-
“Lebih setahun telah berlalu sejak peperangan di Gaza bermula pada 7
Oktober 2023,” saya terfikir sendiri sambil melihat paparan berita di
skrin. Konflik i...
4 days ago
0 comments:
Post a Comment