Photobucket

Pages

Wednesday, July 28, 2010

Motivasi : Kitalah pemburu itu


kita yang menentukan diri kita ~ picture by enkuu of deviant art

CERITA ini terbina hasil daripada gabungan ayat-ayat yang disusun oleh barisan kata-kata yang terbentuk daripada susunan huruf-huruf yang terjalin daripada rantaian garisan yang disambungkan oleh titik-titik hitam yang sudah pasti tidak kita pandang pabila ia berdiri sendiri......namun titik-titik itu lah yg mampu menembusi hati2 kita

Namun untuk meneruskan cerita kita biarkan sahaja aksara itu membicarakan segalanya.....


(cerita asal drpd salah seorang guruku di bangku sekolah yg banyak mengajar aku erti seni - http://5a2009smkt.blogspot.com/2009/02/pemburu-dan-sarang-labah-labah.html)

Begini...Satu hari selepas hujan di awal petang, ada seorang pemuru yang asyik memburu. Tidak ada lain dalam fikirannya selain dari hari buruan yang bakal diperolehnya pada hari itu. Dia berjalan dan terus berjalan sepertimana hari-hari biasa, untuk memburu.

Dalam tak sedar, rupa-rupanya pemburu itu sedang diintip oleh seekor harimau.Apa lagi, kali ini harimau itu pula yang memburu pemburu itu. Lucu!!! Kalau selama ini pemburu itu memburu tapi sekarang pemburu itu diburu. Dia lari sekuat-kuatnya. Harimau semakin mengejar. Mujur si pemburu sempat melihat sebuah telaga yang berada berhampirannya.

Apa lagi, segera dia terjun ke dalam telaga itu dan mujur, dia sempat berpaut pada akar yang terjuntai di dalam telaga itu. Harimau iu mengelilingi mulut telaga dan sesekali menjenguk ke bawah. Pemburu sangat takut, takut sekali. Sesekali harimau itu mengaum dengan kuat kerana perutmya sudah begitu lapar dan dia terbayangkan nikmatnya meratah daging manusia.

Si pemburu melihat ke bawah pula. Di lantai telaga, ada seekor ular besar yang sudah bersedia mengangakan mulutnya sambil lidahnya terjelir-jelir.


Pemburu tambah ketakutan. Di atas harimau, di bawah ular. Dia terbayangkan dirinya, apakah menjadi makanan salah satu daripada haiwan ganas itu. Si pemburu akhirnya tersedar, ada lubang rahsia di dinding telaga itu. Lubang rahsia itu mampu membawanya keluar dari telaga tersebut. Ya, hanya dengan masuk ke dalam lubang rahsia itulah dia dapat menyelamatkan diri daripada harimau dan ular.


Si pemburu menghampiri lubang rahsia tersebut. Dia ingin mnyelamatkan dirinya. Namun, dia menangguhkan niatnya apabila terlihat, di dada lubang rahsia itu terdapat sarang labah-labah yang sangat cantik. Tambahan pula, percikan air hujan yang masih bergantungan melakat di dada sarang labah-labah, kelihatan cukup indah dan berwarna-warni disuluh cahaya matahari. Si pemburu benar-benar terpegun.


Pemburu menangguhkan niatnya untk masuk ke lubang rahsia. Dia terasa rugi jika sarang labah-labah yang indah itu dimusnahkan. Dia cukup terpukau dengan keindahan sarang labah-labah yang bersifat sementara itu.Namun, pemburu tidak sedar. Akar tempat dia berpaut, menjadi semakin rapuh. Ada dua ekor tikus sedang mengacip akar yang dipautnya. Akar tersebut menjadi semakin genting.


Harimau masih kelaparan dan berlegar-legar di atas sana. Ular masih menjelir-jelirkan lidahnya yang bercabang. Tikus masih terus megacip akar tempat si pemburu berpaut hinga menjadi semakin genting dan genting. Manakala pemburu, masih terpukau dengan keindahan dunia.

Sahabat-sahabat, kitalah pemburu itu. Pemburu yang sentiasa sibuk mengejar urusan dunia. Harimau itu adalah maut yang sentiasa mengejar kita. Perigi, adalah lubang kubur kita. Ke situlah kita akhirnya nanti. Ular, adalah siksa kubur yang menanti kita kerana kelalaian kita sendiri. Akar adalah keimanan yang telah kita bentu dengan acuan sendiri. Tikus adalah masa yang sentiasa menunggu kita.Lubang rahsia adalah pintu agama. Jika kita melangkah dan memilih agama, kita pasti akan selamat. Dan sarang labah-labah adalah dunia yang cantik, tetapi bersifat sementara. Fikir-fikir dan renung-reungkanlah...

Ingat dunia ini hanya pinjaman sementara......
Minta maaf klu nukilan ini menyentuh hati mana2 sahabat......itu ilmu Allah dan perlu semua sahabat ketahui
Semoga ALLAH redha..........

“ Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) Surah Al –Hasyr ayat 18.

Sunday, July 4, 2010

SAYONARA!!!dedikasi khas utk warga PREmedic>

group 2 premed!!!

: PERHATIAN!!!!-syukran awi2 kepada semua yg telah mengisi dan menceriakan hari2 Lan sepanjang 8 minggu di semenanjung nie....x lupa juga kepada yg byk menolong Lan secara langsung atau tidak.......dedikasi khas kepada semua bdk2 premedic2010, Lan anggap kamu semua mcm adik2 Lan dan adik-beradik Lan(bg yg sama umur)...Lan syg kamu semua....x lupa kepada UMMI MM dan pak ngah yg sgt caring ngan org sabah nie(pokoknya!). dan lecterur2 medic kat UPM.....oopps!!!..kepada geng2 DG14 anda memang 'sweet'(w/pun selalu mnjengkelkan Lan...hehee)..n of course last but not least...to all GROUP 2 premed...ur r FANTASTIC!!! guyz...with great ustaz(syukran awi2 ustaz Ala'a kerana telah ajar ana ckp arab).x lupa jg kepada abg2 kat UPM....apa2 pun Lan sayang kamu semua kerana Allah swt....ada rezki kita jumpa lagi....syukran semua....kerana telah melakar satu lagi memori terindah dlm hidup ini.....doakan Lan selamat sampai Sabah!!!! ma'asalamah!:)