Photobucket

Pages

Saturday, March 20, 2010

Senario muslim : part 1


Sejahtera atas kamu...


sekali pandang sememangnya gambar diatas tiada nilai dari segi estetikanya namun itulah sifat tipikal manusia yang suka menilai membabi buta tanpa menganalisisnya terlebih dahulu. Sampai bilalah agaknya rakyat Malaysia khususnya dan umat Islam umumnya akan menggunakan "analytical thinking" sebagai medium utama mereka sebelum membicarakan sesuatu perkara. Nanti kita kata pemikiran tu cetek, tak nak terima pula. TETAPI itu adalah hakikatnya kita hari ini. Persoalan ini saya tinggalkan kepada anda untuk merungkainya terlebih dahulu kerana fokus saya pada post kali ini ialah mengenai senario yang cuba saya ketengahkan pada gambar-gambar di atas tu.

Mungkin ada yang biasa dengan situasi di atas dan tidak dinafikan golongan mujahid dan mujahidah yang sedang pernah atau sedang menimba ilmu di mana-mana institusi sekalipun pasti telah melihatnya dan mungkin juga pernah melakukan babak yang dilakukan 'orang2 lidi' dalam dua gambar di atas itu.

Pemikiran saya bercambah untuk menulis entri ini hasil dari cakap2 sahabat yang berkata :
sahabat 1 : aik? lama x nampak dtg surau...last saya nampak awak pun time solat jumaat je..apa mimpi minggu nie rajin plak???
sahabat 2 : saya dtg surau lar....ko je yang x perasan tu...lagipun sibuk lar byk assigment lately nie....
sahabat 1: betul ke?? ataupun ..... ooo ya plak dah nak final exam...x hairan la kan byk yg insaf
dekat2 exam nie.....klu nak kata sibuk ....semua orang sibuk...

sekiranya kita fikir lebih mendalam ada pengajaran yang mungkin ramai tidak menyedarinya...memang benar golongan-golongan seperti sahabat 2 diatas wujud dan sudah pastinya ciri tidak istiqamah itu tidak disuburkan dalam diri mereka...tetapi syukur alhamdullilah kerana mereka masih menganggap ALLAH SWT tempat mereka memohon pertolongan....namun adakah sewaktu susah sahaja kita perlu memohon pertolongan daripada NYA??? time senang apa kita buat???

renungkan---
*p/s: ini suara hati seorang khalifah yg daif tentang agama dan sedang berusaha mengisi ilmu di dada. tiada kaitan antara yang hidup mahupun yg mati.

wsalam~

0 comments: