Photobucket

Pages

Wednesday, March 31, 2010

"Halalkan ilmu yang telah diberikan..."

bersama pengarah KML

Salam 1 KML untuk semua...

30 Mac yang lalu satu perhimpunan khas bersama Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan telah berlannsung dengan penuh sederhana tetapi amat bermakna untuk semua warga KML sesi 2009/2010 kerana majlis ini merupakan perhimpunan terakhir untuk batch kali ini. Apa yang istimewanya ialah perhimpunan ini diakhiri dengan sesi bermaafan antara pelajar dengan pihak pentadbiran dan para pensyarah kolej. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Wilayah Persekutuan dan KML Perkasa dengan diiringi olah pasukan koir kolej. Seterusnya diikuti dengan bacaan doa daripada saudara Sahrul Muntasil, ucapan terakhir saya sendiri, ucapan PPHEP, dan amanat terakhir daripada tuan Pengarah. Majlis tidak berakhir begitu sahaja, sebelum sesi mohon maaf berlangsung kumpulan koir kolej terlebih dahulu menyerikan majlis dengan mendendangkan 4 buah lagu dedikasi khas untuk warga KML.

"Maafkan saya....."
"Halalkan ilmu yang telah diberikan..."
"Terima kasih atas segala ilmu..."

Demikianlah dialog-dialog yang sirna dari para pelajar tatkala bersalaman dengan para pensyarah. Semoga dengan adanya majlis seperti ini, ilmu yang kami perolehi selama setahun di KML ini menjadi lebih berkat. Terima Kasih KML.

KML:"hard to find but lucky to have"


with my beloved JPP
sesi bersalaman

2 comments:

KiTa_KaWaN said...

setiap permulaan pasti ada penghujung...sama2 menilai, sama2 menghitung..moga persekitaran rosak ini dihalangi kesannya dari menusuk ke hati..amin

moeyna said...

kenangan d kml xmgkin dlupakan... :)