Photobucket

Pages

Wednesday, March 31, 2010

"Halalkan ilmu yang telah diberikan..."

bersama pengarah KML

Salam 1 KML untuk semua...

30 Mac yang lalu satu perhimpunan khas bersama Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan telah berlannsung dengan penuh sederhana tetapi amat bermakna untuk semua warga KML sesi 2009/2010 kerana majlis ini merupakan perhimpunan terakhir untuk batch kali ini. Apa yang istimewanya ialah perhimpunan ini diakhiri dengan sesi bermaafan antara pelajar dengan pihak pentadbiran dan para pensyarah kolej. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Wilayah Persekutuan dan KML Perkasa dengan diiringi olah pasukan koir kolej. Seterusnya diikuti dengan bacaan doa daripada saudara Sahrul Muntasil, ucapan terakhir saya sendiri, ucapan PPHEP, dan amanat terakhir daripada tuan Pengarah. Majlis tidak berakhir begitu sahaja, sebelum sesi mohon maaf berlangsung kumpulan koir kolej terlebih dahulu menyerikan majlis dengan mendendangkan 4 buah lagu dedikasi khas untuk warga KML.

"Maafkan saya....."
"Halalkan ilmu yang telah diberikan..."
"Terima kasih atas segala ilmu..."

Demikianlah dialog-dialog yang sirna dari para pelajar tatkala bersalaman dengan para pensyarah. Semoga dengan adanya majlis seperti ini, ilmu yang kami perolehi selama setahun di KML ini menjadi lebih berkat. Terima Kasih KML.

KML:"hard to find but lucky to have"


with my beloved JPP
sesi bersalaman

Jom Tanam POKOK!!!


Salam Ceria untuk semua...


27 Mac yang lalu Majlis Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan program penanaman pokok serentak Wilayah Persekutuan yang mana program tersebut berlaku serentak di 3 buah tempat di Labuan : Sungai Miri, Taman Layang-layangan, Tanjung Aru. KML telah menghantar seramai 60 orang pelajar yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A berada di Taman Layang-layangan manakala kumpulan B di Tanjung Aru.


jauh merenung nasib masa depan
antara peserta yang menyertai program ini
bergambar di 'surrender point'
'no komen'
antara insan2 yg dengki dgn aku...hehehe!
ada KUDA!!!
tanam POKOK!

Saturday, March 20, 2010

Senario muslim : part 1


Sejahtera atas kamu...


sekali pandang sememangnya gambar diatas tiada nilai dari segi estetikanya namun itulah sifat tipikal manusia yang suka menilai membabi buta tanpa menganalisisnya terlebih dahulu. Sampai bilalah agaknya rakyat Malaysia khususnya dan umat Islam umumnya akan menggunakan "analytical thinking" sebagai medium utama mereka sebelum membicarakan sesuatu perkara. Nanti kita kata pemikiran tu cetek, tak nak terima pula. TETAPI itu adalah hakikatnya kita hari ini. Persoalan ini saya tinggalkan kepada anda untuk merungkainya terlebih dahulu kerana fokus saya pada post kali ini ialah mengenai senario yang cuba saya ketengahkan pada gambar-gambar di atas tu.

Mungkin ada yang biasa dengan situasi di atas dan tidak dinafikan golongan mujahid dan mujahidah yang sedang pernah atau sedang menimba ilmu di mana-mana institusi sekalipun pasti telah melihatnya dan mungkin juga pernah melakukan babak yang dilakukan 'orang2 lidi' dalam dua gambar di atas itu.

Pemikiran saya bercambah untuk menulis entri ini hasil dari cakap2 sahabat yang berkata :
sahabat 1 : aik? lama x nampak dtg surau...last saya nampak awak pun time solat jumaat je..apa mimpi minggu nie rajin plak???
sahabat 2 : saya dtg surau lar....ko je yang x perasan tu...lagipun sibuk lar byk assigment lately nie....
sahabat 1: betul ke?? ataupun ..... ooo ya plak dah nak final exam...x hairan la kan byk yg insaf
dekat2 exam nie.....klu nak kata sibuk ....semua orang sibuk...

sekiranya kita fikir lebih mendalam ada pengajaran yang mungkin ramai tidak menyedarinya...memang benar golongan-golongan seperti sahabat 2 diatas wujud dan sudah pastinya ciri tidak istiqamah itu tidak disuburkan dalam diri mereka...tetapi syukur alhamdullilah kerana mereka masih menganggap ALLAH SWT tempat mereka memohon pertolongan....namun adakah sewaktu susah sahaja kita perlu memohon pertolongan daripada NYA??? time senang apa kita buat???

renungkan---
*p/s: ini suara hati seorang khalifah yg daif tentang agama dan sedang berusaha mengisi ilmu di dada. tiada kaitan antara yang hidup mahupun yg mati.

wsalam~